Wednesday, July 22, 2009

manah chetok

Najib terpaksa akur akhirnya....


Posted on Wednesday, July 23 @ 04:56:1



Akhirnya kerajaan terpaksa tunduk kepada tekanan rakyat yang mahukan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat kes kematian misteri mendiang Teoh Beng Huat. Rakyat juga ternanti-nanti adakah kerajaan juga akan mansuhkan ISA. ita nantikan hingga 1 Ogos 2009.

Mesyuarat mingguan jemaah menteri hari ini tunduk kepada desakan popular pelbagai pihak, termasuk pemimpin BN, agar menyiasat secara bebas punca kematian Teoh Beng Hock. Keputusan rasmi kabinet itu yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam satu sidang media khas di pejabat perdana menteri di Putrajaya menyebut:

Pertama, Kementerian Dalam Negeri dan polis diarahkan menyelesaikan siasatan secepat mungkin dan laporan siasatan tersebut, yang sedang berjalan, akan diumumkan.



Kedua, satu inkues atau siasatan awam yang diketuai oleh seorang majistret untuk menentukan punca kematian Teoh.



Ketiga, menubuhkan suruhanjaya diraja dengan bidang kuasa khas untuk menilai kaedah soal siasat yang diguna pakai oleh SPRM dan menentukan sama ada pernah berlaku pencabulan hak asasi manusia sewaktu Teoh disiasat mulai petang 15 Jun hingga awal pagi esoknya.



Susulan kematian mengejut dan penuh tanda tanya Teoh selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna peruntukan DUN di Selangor, banyak pihak menggesa penubuhan suruhanjaya tersebut.

Ini adaah kemenangan buat rakyat marhaen...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Monday, July 20, 2009

manah chetok

Manek Urai hidupkan kembali roh Umno?

Sun | Jul 21, 09 | 12:14:27 pm MYT

Sama ada benar atau palsu janji dilafazkan dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Manek Urai, namun hakikatnya dari sudut fizikal Umno-Barisan Nasional (BN) telah berjaya mempengaruhi hampir 95 peratus pencapaian majoriti PAS pada pilihan raya umum (PRU) 2008.
Iklan




Secara tidak langsung percaturan politik Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Timbalan Presiden Umno, seolah-olah hampir memberi pukulan maut tidak mampu disangkal oleh PAS.

Sebagaimana dilaporkan, BN mendominasikan seluruh jentera kerajaan sebagai senjata kempennya. Tetapi umpan dilihat paling berkesan ialah janji projek jambatan baru, kota agropolitan dan anak emas.

Selain itu taktik paling buruk dan kotor seperti mana didakwa pihak lawannya ialah sogokan rasuah bernilai tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit.

Sejauh manakah kebenaran itu, tuhan saja yang maha tahu. Yang pasti kemenangan tipis PAS menggambarkan keupayaan Umno mengubah senario politik semasa di Manek Urai. Secara tidak langsung Umno boleh berbangga walaupun tewas di pertarungan kali ini.

Tinjauan The Malaysian Insider sepanjang tempoh berlangsungnya kempen pilihan raya ternyata PAS lebih terkehadapan menguasai keadaan berbanding Umno.

Hampir setiap tempat, bermula dari Sungai Sok hingga ke Laloh program PAS sentiasa sesak, laungan takbir tanda sokongan padu kepada parti itu tidak pernah menyepikan kesunyian malam.

Apatah lagi kalau melihat tiga malam terakhir, mengikut adat Umno sudah boleh gulung tikar dan angkat bendera putih. Kehadiran Anwar Ibrahim di kampung Peria disambut 5,000 penyokong. Tetapi program Umno yang diadakan bersebelahan cuma dihadiri penonton seramai paling tinggipun 50 orang. Betapa nazak sambutan diberi kepada BN.

Benar kata orang, di dalam politik serba kemungkinan. Sebab itu banyak telahan dan spekulasi jarang menepati sasaran hatta dari penganalisis politik hebat sekalipun.

Kehadiran ribuan audien tidak boleh dijadikan referendum kekuatan sesebuah parti kerana mungkin ia terdiri daripada penyokong-penyokong luar kawasan. Jadi, tidak wajar persoalan ke mana pergi ribuan penyokong yang pernah membanjiri ceramah PAS sebelum ini dikaitkan dengan kemenangan tipis dialaminya.

Sebaliknya PAS akan diihat lebih rasional sekiranya cuba beralternatif mencari di mana pengundi luar seramai lebih 1,000 orang dikatakan penyokong tegar PAS dilaporkan pulang dan memberi jaminan mengundi bulan?

Mengambil sikap berterusan menyelar parti lawan menggunakan rasuah selepas keputusan sudahpun muktamad bukan jalan penyelesaian sesuatu masalah. Jika benar dakwaan itu serahkan saja kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan selanjutnya. Mengadakan 'domestic inquiry' parti barangkali lebih utama.

Walau apapun, perspektif politik pasca PRK Dun Manek Urai 14 Julai menjadi momentum baru kepada kedua-dua parti menghadapi PRU akan datang.

Justeru PAS tidak wajar berbangga dengan bayang-bayang sendiri menjulang kemenangan tipisnya itu. Sebaliknya PAS mesti sedar bahawa roh Umno telah kembali pulih di Manek Urai bagi mengisi methodologi baru menjejaki rentak lawan. - mns_

Monday, July 6, 2009

panji islam

KUALA KRAI, 6 Julai (Hrkh) - PAS yakin akan terus mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai berdasarkan kesepakatan kerjasama parti-parti dalam Pakatan Rakyat walaupun diuji dengan pelbagai cabaran.
Iklan




Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata kini tiada lagi isu dalam pakatan setelah selesai isu kerajaan perpaduan dan keadaan ini membolehkan ia berkempen dengan lebih selesa.

"Calon PAS (Mohd Fauzi Abdullah) adalah menyamai ketokohan gemulah (bekas Adun Manek Urai Allahyarham Ismail Yaakob) dan insya-Allah kita boleh menang," katanya dipetik Bernama ketika mengulas proses penamaan calon pilihan raya kecil itu di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1, di sini hari ini.

Pilihan raya kecil Manik Urai pada 14 Julai ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd Fauzi dan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat.

Ustaz Hadi juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan keselamatan kerana berjaya memastikan proses pencalonan hari ini berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata gerakan Islam di negara ini akan terus subur terutama di Kelantan apabila semua pihak diyakini akan terus menyokong PAS di Manek Urai.

"Mudah-mudahan gerakan Islam yang dibawa PAS akan menang dan kesepakatan dalam hubungan semua antara pakatan adalah lebih baik daripada kerajaan perpaduan," katanya.

Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berkata kehadiran beberapa pemimpin pakatan itu pada hari pencalonan membuktikan kesungguhan mereka bagi membantu PAS mempertahankan kerusi itu.

"Awak boleh lihat keadaan baik dan calon pun sangat baik yang sudah tentu kami boleh menang," katanya.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata KeADILan akan turut bersama berganding bahu untuk memastikan PAS dapat mengekalkan kerusi Manek Urai.

"Saya yakin ini adalah kelebihan kita di Manek Urai," katanya. - mks._

manah chetok

Manek Urai: PAS ditentang BN!

Mon | Jul 06, 09 | 9:42:39 am MYT

Manek Urai, 6 Julai (Hrkh) - Pilihan raya kecil Dun Manek Urai menyaksikan calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah, 50 akan ditentang calon daripada Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, 39.
Iklan




Status kedua-dua calon itu disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Manek Urai, Adnan Hussin sebentar tadi.

Lintas langsung daripada Manek Urai sebelum ini

Seawal jam 7 pagi lebih 10,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat berkumpul di pekarangan Masjid Jauhar untuk memberikan sokongan kepada calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah dalam proses pencalonan yang sedang bermula ketika ini.

7.00 pagi: Penyokong PAS dan Pakatan Rakyat memenuhi pekarangan Masjid Jauhar.

7.35 pagi: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengimami solat Hajat. Turut kelihatan pimpinan PAS yang diketuai Presidennya, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayob dan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali.

8.05 pagi: Perarakan calon PAS ke Pusat Penamaan Calon, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1 sejauh 1.5 km bermula. Lebih 10,000 iringi calon PAS. Kelihatan pimpinan PAkatan Rakyat, Azmin Ali, Tan Sri Khalid Ibrahim, Zuraidah Kamaruddin, Tan Siew Giaw dan Tian Chua.

8.45 pagi: Rombongan perarakan calon tiba di pusat penamaan Dewan Petra, Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1.

8.50 pagi: Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah masuk ke dalam dewan diiringi pencadangnya,bekas Imam Kg Temalir, Idrus Jalal, 69 dan penyokongnya, seorang Guru, Abdul Halim Hamzah,43, dari Kampung Latereh.

8.55 pagi: Calon Umno-BN, Tuan Abdul Aziz Tuan Mat masuk ke dalam dewan. Rombongan penyokong Umno-BN dianggarkan seramai 2,000. Turut kelihatan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tengku Adnan Mansor, Dato' Seri Shafei Apdal, Dato' Mustafa Mohamad dan Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein.

9.45 pagi: Masa pencalonan masih dibuka jika masih ada pencalonan lain.

10.00 pagi: Tempoh mengemukakan borang pencalonan berakhir.Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin hanya menerima borang daripada Tuan Aziz Tuan Mat, 39, (BN) dan Mohd. Fauzi Abdullah, 50, (PAS).

10.05 pagi: Proses bantahan sedang berlangsung.

FAKTA MANEK URAI|

* PRU ke-7 sejak Mac 2008.

* Calon PAS, Ismail Yaacob menang dengan majoriti 1,352 undi tewaskan calon BN, Mohamed Zulkifli Omar.

* 14 Julai sebagai tarikh pengundian.

* Seramai 12,293 pemilih termasuk 25 pengundi pos layak mengundi kali ini.

* 12,197 adalah pengundi Melayu (99.2 peratus), pengundi Cina (56), India (28) dan lain-lain kaum 12 orang. - mks. _

Thursday, July 2, 2009

manah chetok

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

· Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

· Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

· Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada

saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.

· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.

· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

manah chetok

hu | Jul 02, 09 | 10:27:03 am MYT

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nashrudin Hassan Tantawi menyelar tindakan Pemuda Umno Kelantan yang mencabar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berdebat isu 'Umno sesat'.
Iklan




Nashrudin menegaskan hanya Perdana Menteri layak untuk berdebat dengan Menteri Besar Kelantan itu.

Pemuda Umno Kelantan, tegas beliau, tidak layak untuk berdebat dengan Menteri Besar Kelantan itu.

"Pemuda Umno Kelantan tidak perlu cabar Tuan Guru Nik Aziz untuk berdebat isu 'Umno sesat'.

"Bukan 'level' mereka nak berdebat dengan Nik Aziz sebaliknya hanya Perdana Menteri saja layak nak berdebat dengan Mursyidul Am," tegas beliau.

Justeru, beliau menegaskan jika benar Pemuda Umno mahu berdebat mereka boleh mencabar Dewan Pemuda PAS pada bila-bila masa dan di mana tempat sekalipun. - mks._